Hello, Saya Opah Jelita!

Opah Jelita? Siapa tu? Kenapa Opah? Ada Jelita pulak itu. Apa kaitan? Poyo betul! Hihihi, itulah yang sentiasa yang dikatakan setiap kali pertama perjumpaan OJ. Oleh itu jom kita berkenalan, 🙂

…Hello, Saya Opah Jelita! : Mana datangnya nama Opah Jelita itu?

 

Hello & Assalamualaikum! Saya Opah Jelita, boleh panggil saya OJ okay. Di sini OJ nak kenalkan diri OJ. Mungkin antara anda yang mengenali diri OJ sejak 1999 lagi, sebab inilah kali pertama “nick name” OJ guna di dunia online, sebelum itu banyak lagi rasanya, sampai lah terakhir sekali melekatlah “Opah Jelita” sehinga skarang. Dan mungkin ada juga yaang tak tahu pun siapa OJ dan tetiba sampai je laman sesawang ini. Dan ada juga yang berkenalan melalui busines card OJ yang sampai ke tangan anda. Jadinya sebelum melangkah lebih jauh lagi, OJ nak ambil kesempatan untuk memperkenalkan diri OJ kepada pembaca. Chewwaaaahh, macam retis pulakkan. Hihihihi

…Hello, Saya Opah Jelita! : Apa yang OJ buat?

 

 

Haa, kalau nak tahu saya merupakan seorang isteri, pekerja & pelajar. OJ juga berada di dalam bidang Automotif  sebagai kerjaya Profesional dan mempunyai Bisnes Online sejak 2015. Dua kerjaya yang menggembirakan buat diri OJ. Kerana OJ percaya bahawa kejelitaan, kecantikan dan kesihatan lahir dari tradisi dan nutrisi. Dua ini berkait rapat tau! Nak tahu macam mana OJ terlibat dengan bisnes online walaupun ada kerjaya tetap? Nanti OJ kongsikan ya.

…Hello, Saya Opah Jelita! : Kenapa Wujudnya Blog ini?

 

 

I love writing bak kata orang Jawa. Hahahaha, entahlah sampai masanya OJ rasa nak kongsikan banyak perkara yang ada dalam dunia ini bukan? Dah banyak tempat mengembara, banyak perkara yang dipelajari dan banyak juga yang diperolehi dalam dunia online ini. Apa salahnya kita berkongsi idea bersama bukan. Selain itu, ia juga memberikan dorongan buat OJ berkongsi yang terbaik. Mana tahu ia merupakan saham buat OJ di sana nanti. InsyaAllah.

..Hello, Saya Opah Jelita! : Jom Follow OJ?

 

Rasanya sampai disini sahaja perkongsian OJ okay, InsyaAllah ada rezeki kita jumpa lagi. Jom kita berkongsi idea bersama. Boleh follow OJ di blog ini, atau di media sosial di bawah yang OJ sertakan link sekali ya. Klick terus nanti awak terus ke laman sesawang tersebut. Okay! Sehingga kita berjumpa lagi. Assalamualaikum!