Detox,dalam sosial media sekarang banyak betul cerita pasal detox. Detox air lah, detox lemon lah, detox usus lah, detox kambing lah.Macam-macam fakta dan auta yang keluar. Bagi pendapat OJ terpulang pada anda cara apa yang anda lakukan.

 

Entry kali ini OJ nak kongsikan 3 Penipuan Detox Untuk Kurus Yang Buat Korang Benci & Menyampah Buat Detox yang buat korang rasa tertipu dan ditipu dengan detox.Informasi ini OJ dapat daripada Pakar Nutrisi yang bertauliah tau.

 

Jadinya harus sekali OJ kongsikan mengapakah dan kenapa setiap kali detox mesti korang rasa tertipu.Tipah tertipu nok! Waduh! Sakit hati bangat. Sabar-sabar, jom OJ kongsikan satu persatu okay.

 

Penipuan Detox Untuk Kurus Yang Pertama : Minum Teh Detox Dah Boleh Slim Macam Kim Kardashian Dalam Masa 7 Hari

 

 

 

Vavavavava, Kim K nok! Seminggu pulak tu. Hihihihi, Okay Minum Teh Detox boleh kurus ke? Yer mungkin ada testimoni yang menyatakan bahawa minum teh boleh kurus. Dah bergelen2 aku minum apasal tak kurus?Sakit hati betul!

 

Choppp, chopp. Teh sebenarnya memang bagus untuk menguruskan badan, tapi bak kata Pakar NUtrisi sila jangan berangan.

Memang ada kajian yang menyatakan bahawa kandungan di dalam teh boleh bantu untuk kurus.Tapi sediki sangat, ia teramat sedikit okay! Kalau ada pun ianya hanya membantu selepas 4-5 bulan pengambilan teh tersebut.

 

da beberapa jenis teh yang boleh membantu untuk menurunkan berat badan, itu pun jika ia bercampur dengan beberapa jenis the yang lain. Haa, bukan satu jenis sahaja okay.Jikalau ada satu bahan sahaja, sila abaikan dan babai. Jikalau anda ambil secara konsistent hanya boleh turun sebanyak 0.25kg ke 3.5kg sahaja dalam masa 4 bulan.

 

Itupun menurut kajian Sila jangan percaya kalau seminggu boleh turun 20 kg, melainkan ada kandungan julap dalam teh tu.Ehh, julap? Okay kita sambung ke penipuan yang seterusnya.

 

Penipuan Detox Untuk Kurus Yang Kedua : Buang Air Besar Secara Kerap Bantu Untuk Kurus Bila Berdetox

 

 

 

Sekiranya awak mengambil produk yang membuat anda cirit birit melebihi 3 kali sehari, tahniah kerana awak mengambil julap setiap hari. Ada fahaman yang menyatakan bahawa lepas makan boleh ambil teh kurus lepas tu apa yang makan itu terus dibuang.

 

Ohoooo, itu salah ya awak-awak sekalian. Sebenarnya badan kita ni Allah dah jadikan cantik punya. Kalau dah masuk dalam badan kita, ia memerlukan beberapa jam untuk penyerapan nutrisi ke dalam tubuh badan. Kalau makan lepas tu cirit birit apakah nutrisi yang masuk ke dalam tubuh badan kita? Penat-penat bayar makan mahal-mahal, lepas tu buang je. Eh! Dia buang apa tu?

 

Tahukah awak yang sebenarnya jika awak ambil sesuatu produk secara kerap boleh membuatkan saluran najis kita menjadi tidak sihat atau bak kata orang jawa “Lazy Gut”. Ianya terjadi bila kita terlalu bergantung mengambil julap, membuatkan usus jadi malas. Bila usus jadi malas jadilah “lazy gut”, bila usus jadi “lazy gut” jadilah kalau tak makan produk tak boleh berak.

 

Adoiii, kesian tubuh badan kita tau! Lagi satu, kalau dah selalu sangat ambil sebenarnya bukan buang kerak2 najis tu, tapi ia membuang segala nutrisi dalam tubuh badan kita.

 

Oleh itu, untuk pengambilan sebegini, bukan di ambil setiap hari tau. Ada waktu2nya kita perlu ambil. Jadinya buat kajian dahulu barulah anda ambil yang mana bersesuaian dengan tubuh badan kita. Sistem pembuangan memang sangat penting dalam detox. Tapi kita kena tahu tubuh badan kita bagaimana, baru faham macam mana detox bertindak dalam tubuh badan kita. Bukan makan buang, makan buang. Salah tau!

 

 

Penipuan Detox Untuk Kurus Yang Ketiga : Air Lemon Paling Bagus Untuk Detox Usus

 

 

 

Wauu, ini pun betul. Tapi menurut kajian air lemon bukan untuk usus ya! Air lemon sebenarnya membantu untuk meningkatkan kadar metabolisma dalam tubuh badan kita. Jangan pula ingat sebab lemon tau, tapi sebab cairan yang diperlukan dalam tubuh badan kita yang sebenarnya diperlukan untuk meningkatkan metabolism dalam tubuh badan kita. Dan keperluan air lemon dalam sehari hanyalah 500ml yang diperlukan setiap hari. Bukan 2000ml ya. #TepukDahiKejap.

 

Sekiranya awak mengambil air lemon secara berlebihan, ianya sebenarnya membebankan usus awak tau. Cuba bayangkan, kandungan lemon sebenarnya berasid. Sekiranya awak minum secara berlebihan, bukan kurus yang dapat, usus yang makin nipis. Lagi satu lemon juga fungsinya sedikit sama dengan julap, ia bantu melawaskan tapi jika dose yang berbeza ianya. Belum ada kajian yang sahih menyatakan minum air lemon boleh kurus.

 

Kalau minum lemon jadi cirit birit, pecayalah dalam itu cuma perasa sintetik lemon dan berkemungkinan mengandungi Siburtamine yang mematikan selera makan anda ataupun Laksatif yang dikenali sebagai julap. Jadinya kalau anda nak minum ambillah untuk kesihatan, bukan semata-mata untuk kurus okay.

 

Fuhh, panjang jugak entry pasal penipuan detox ini. Seram sejuk je bila tahu kisah sebenar di sebalik detox ini. Semoga perkongsian kali ini membantu anda yang nak bermula misi untuk kurus. Nak kurus sebenarnya tiada jalan mudah okay. Ada beberapa langkah yang anda perlu ketahui.

 

Antaranya:

  • Corak pemakanan
  • Gaya hidup yang sihat
  • Senaman
  • Dan banyak lagi

 

Lemak dah ternak 20 tahun, perlahan-lahan kita buang okay. Jom kita kurus bersama-sama secara sihat. InsyaAllah tidak memudaratkan tubuh badan kita. Sebenarnya kalau nak detox betul-betul, dalam tubuh badan kita ada 5 Organ Detox Yang Ramai Tidak Tahu yang perlu kita ketahui kenapa dan mengapa. Ada masa nanti OJ kongsikan 5 Organ Detox di blog www.pengedarvitamin.com ya. Sehingga kita berjumpa lagi, daaaaa.