Siapa kita untuk menidakkan Kuasa daripada-Nya kan? Kun Fa Ya Kun, kalau Allah nak beri dia pasti beri, bergantung kepada seberapa kuat kesungguhan yang kita mahukan.

 

Kadang-kadang bila ada waktu untuk jatuh dan rasa sedih sebab sales jatuhlah, tak ada orang nak belilah, customer lari, sideline main harga, ini adalahrencah kehidupan biasa sebagai seorang peniaga. OJ pernah macam tu juga dulu, bukan dalam Shaklee je, kehidupan hakiki pun sama juga. Sampai satu tahap rasa dah tak nak hadap dah benda-benda mengarut ni semua. Tapi, alhamdulillah bila mula melebarkan sayap OJ banyak belajar tentang kisah-kisah majik dari ramai sahabat.

real-magic-can-never-be-made-by-offering-someone-elses-liver-you-must-tear-out-your-own-and-not-quote-1

 

 

Percaya atau tidak, majik tidak akan lahir andai tiada kepercayaan dalam diri sendiri dan tidak yakin apa yang anda bakal perolehi dengan apa yang anda impikan. OJ bersyukur dalam Shaklee OJ pelajari lebih mendalam bagaimana untuk mendekatkan diri dengan Allah dan percaya bahawa apa yang kita lakukan adalah dari izin-Nya sama ada kita buat atau buat-buat.

 

Mentor selalu berpesan, apa yang kita lakukan mesti dahulukan Allah yang pertama sekali. Antara 7 amalan yang mentor ajarkan ialah amalan doa dan zikir pembuka rezeki untuk business dan menjenput rezeki antaranya ialah:

  1. Solat Awal Waktu
  2. Bacaan Yassin setiap pagi – bacaan yassin ini juga saya pernah dinasihati oleh tokey kedai makanan arab setiap kali saya berjumpa dengan beliau, seronok berbual dengan beliau setiap kali kami terjumpa, ada sahaja cerita yang ingin beliau ceritakan dengan saya.
  3. Istighfar, Selawat,Zikir – Ya Allah, Ya Wahaab, Ya Allah Ya Afuw Ya HGhaffar Ya Tawwab Ya Qudus Ya Jalil
  4. Jangan langgar hukum alam – Masa ada 24 jam, ada masa bekerja kita bekerja, ada masa berehat kita berehat, ada masa beribadah kita beribadah
  5. Cari kawan yang tidak mengganggu emosi kita dan jangan benarkan orang untuk menyakiti hati kita – jangan buruk sangka dengan apa yang orang lakukan pada kita.
  6. Cari suami untuk bercerita – dan biar dia dengar apa yang kita nak dan minta dia dengar apa yang kita nak buat walaupun dia tak faham dan minta dia doakan (ibu / ayah untuk mereka yang belum berkahwin)
  7. Niat yang betul untuk membantu orang bukan hanya untuk kepentingan diri sendiri dan doa yang bagus untuk diamalkan

Ya Allah rahmatMu ku pinta
Jangan engkau biarkan aku bersendirian
Perbaiki untukku urusan hidupku semuanya
Tidak ada tuhan selain Engkau

 

Mentor juga berpesan 3 waktu doa yang paling mustajab dan mintalah masa itu dengan bersunguh-sungguh dengan sepenuh hati iaitu:

  • Selepas solat
  • Dalam sujud terakhir
  • Selepas tahyat sebelum salam

 

Macam banyak kan? Tapi percayalah cubalah amalkan walaupun ada bukan di alam perniagaan sekalipun. OJ berkongsi agar satu hari menjadi saham untuk OJ dan peringatan untuk diri sendiri andai alpa dikemudian hari. Dalam Shaklee ni memang banyak kejadian majik yang terjadi yang paling OJ tak boleh lupakan masa OJ bercuti di Johor Bahru, kisah majik OJ bersama Shaklee. masa tu bila tahu nak ke sana dalam dua minggu sebelum nak ke sana dah terbayang macam2, haaaa biasalahkan dalam kepala tu tak lain dan tak bukan nak pergi juga ke branch Shaklee. Salah satu penyakit OJ yang tak boleh nak dielakkan, setiap kali travel ke mana sahaja, mesti terselit agenda Shaklee, bersabarlah wahai en Suami ya! Hihihi..

 

 

Nak cerita dua minggu sebelum pergi, macam2 saya fikirkan sempat ke nak kejar target sebab masa tu dia baru 500UV harus kejar lagi 2500UV untuk cecah target yang dikehendaki. Tapi itu bukan masalahnya. Kebetulan masa itu baru pelajari konsep LUA dan saya mula cuba praktikkan apa yang dipelajari.

 

 

Bila dapat tahu tu dah siap fikirkan, dari mula buka pintu masuk Shaklee Johor, siap ambil borang, isi borang, buat order dan siap packing untuk balik. Hari-hari kot imagine macam tu…hihihi masa tu memang yakin sangat2 boleh shopping Shaklee kat sana. Nak dijadikan cerita, semasa di sana memang pack sangat2, dan mencabar dugaan nak ke sana. Dengan sesat dan paling best hari pertama pergi silap tempat sebab masa tu Shaklee baru pindah nangis kot bila tahu Shaklee dah pindah. Tapi masih ok sebab kami memang suka road trip, boleh tengok tempat-tempat yang best-best. En Suami macam sporting je layan isteri dia ni. Lepas tu kami balik ke hotol mandi dan bersiap-siap untuk berjalan-jalan di sekitar Bandar Johor. Terjumpa pula Uptown yang best kat sini. Sambil tu sempat juga lepak minum di sini.

 

melepak-di-kedai-hipster-uptown-johor

Antara Kedai Yang Kami Pilih Untuk Lepak Seketika, Santai dan Menarik

 

 

Keesokkanya, petang lepas berjalan di Legoland, selepas Jumaat, en suami tanya nak pergi Shaklee tak? Walaupun rasa penat masa tu OJ pun cakap nak! Nak tengok Shaklee, Johor macam mana. Punya lah kami redah juga untuk sampai branch Shaklee di Johor. Sampai-sampai tutup pula, ya Allah rasa sebak dan nak nangis sebab esok dah nak check out. Tapi ada rasa kepuasan, oklah OJ dah sampai juga di Johor. Lupa pula hari Jumaat Johor bercuti. Walaupun tak ada order masa tu, rasa macam satu kehilangan kemanisan disitu.

 

Shaklee Johor Tutup

Shaklee Johor Tutup

 

 

Lepas tu dalam kereta walaupun dah sampai di Johor, ada rasa satu kepuasan yang tak terkira. Malam tu cakap kat En Suami, esok kita kena pergi juga Shaklee sebab nak Shopping kat Shaklee sebab dah ada order lebih dari 500UV, tapi dalam hati dah cakap ehh 1500UV lah! Punyalah enjoy diri kejap malam tu untuk hilangkan rasa gundah dihati. Berjalan dekat Johor Premium Outlet, waa memang rambang mata, nak nak masa tu bonus Shaklee dah masuk terbelanja en Suami jam. Apa lagi seronoklah dia. Siap doakan si isteri sebelum kita balik esok, awak shopping kat Shaklee lebih dari 1000UV. Waaaa, doa tu. OJ aminkan sahaja.

 

 

Hadiah untuk si Dia dan OJ

Hadiah untuk si Dia dan OJ

 

 

Balik-balik dari JPO, OJ dapat whatsapp dari customer, yang akak nak Vivix Dua post ya! Yang akak nak Set Bersalin Premium nak lusa, tapi akk bank in dulu, Ya Allah rasa nak nangis sangat2 malam tu je hampir 300UV customer order. Cakap dengan En Suami, esok kena pergi Shaklee juga sebab nak beli barang. Since dia pun dah dapat hadiah tu, OK je…hihihi

 

 

Nak djadikan cerita, semasa otw ke Shaklee Johor, masih lagi berdoa, Ya Allah aku nak shopping lagi ni kat Shaklee, nak bantu anak untuk dia naik Supervisor. Kau bantulah dia untuk dapatkan sales ya Ya Allah. Dalam perjalanan, tup tup dapat call dari anak yang saya target bertanyakan ada ke Shaklee ke? Sebab ada order dan nak urgent dalam 1500UV. Subhanallah rasa nak nangis rasanya.

 

 

Ingat lagi masa pertama kali jejak di Shaklee, sama macam apa yang OJ bayangkan sebelum datang ke Shaklee. Cara masuk dalam Shaklee, ambil borang. isi borang, ambil order dan ambil barang memang sebijik-sebijik keluar tanpa miss pun. Sujud syukur rasanya apabila kita praktikkan dengan apa yang kita pelajadi dan minta kepada-Nya. Alhamdulillah masa tu order rasanya melebihi 2000UV dalam masa tak sampai satu hari pun disana. Menggeletar rasanya tangan masa check balik order yang customer nak dan ada yang urgent, kebetulan balik memang lalu disitu. Tak semena-mena ada juga pendaftaran baru anak di Johor. Rasa terharu sangat masa tu dengan apa yang Dia berikan.

 

shaklee-johor

Check Order Customer + Anak Shaklee, Alhamdulillah Penuh tu Sekotak

 

Masa bulan tu memang target nak naikkan seorang anak sebagai Supervisor, memang dari awal target. Minta banyak-banyak sangat dengan Allah untuk bantu beliau naik dengan mudah dan cepat.  Alhamdulillah Allah permudahkan urusan beliau semasa prosess kenaikan tangga pertama dalam Shaklee. Seronokkan? Saya percaya minda bawah sedar sangat membantu disamping keinginan yang kuat untuk membantu mereka yang memerlukan.

 

Anda semua pasti ada kisah majik yang tersendiri kan? Nak ikut kan banyak lagi kisah majik yang Allah berikan pada OJ sepanjang berkecimpung dalam Shaklee ni. InsyaAllah ada masa OJ ceritakan kembali ya kisah-kisah tersembunyi ini.

 

Apa-pun yan terjadi jagalah hubungan dengan Allah swt. Kerana dengan Dialah kita bergantung walau apa pun yang kita lakukan. Kerana dialah yang Maha memberi dan maha penyayang.

 

Andai tiada bahu tempatmu bersandar,
Ingatlah,
Selalu ada lantai tempatmu bersujud.

Andai tiada yang sudi mendengar,
Ingatlah,
Allah tahu apa resah hatimu.

Andai kau ditinggalkan,
Ingatlah,
Allah tidak pernah meninggalkanmu.

Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersamamu.