Tadi masa balik dari kelas nampak la budak2 main becak lepas hujan, seronok pula tengok teringat zaman kanak-kanak ribena dulu-dulu.

OJ masa kecil dulu-dulu, kalau cuti sekolah je selalu ikut Eleana Kamal balik kampung dia tau. Al-maklumlah anak jati KL mana ader kampung..hahahaha ayatt POYO!
Tapi best, sebab balik rumah arwan uwan kat N9 memang seronok. Masih teringat rumah uwan, atas bukit nak pergi kena panjat bukit tinggi tau! Dari jalan utama ke kaki bukit tu adalah kebun kelapa sawit, nampak la en kerbau2 melepak berkubang. Tapi masa tu kecil, takut lari laju2 kalau nampak kerbau.
Rumah uwan cantik, berseni rumah tradisional minangkabau. Tanah di laman uwan halus dan putih. Setiap petang suka main biak buatan. Nak tau mcm mana? Kitorng simbah lama uwan tu dengan air. Habis becakkkkk, masa tu la main ala2 sliding laaa, lompat sana, lompat sini. Seronok sangat tauu!!!
Badan2 sakit pun wat lek, wat derkk je. Jakun main lumpur buatan. Hahahaha, tapi mmg best sbb pasir umah arwah uwan halus & putih mcm pasir pantai. Ya Allah rindu sangat suasana masa tu.
Dekat situ OJ kenal main bola getah! Busuk kottttt, tapi best bila main bola chop! Ko hadooo?? memang berbirat la kalau main ni nak2 along baling chop bola. Main buah getah, pancing ikan dengan buluh sampai jatuh sungai sbb tangkap ular…hahaha ini kelakar, lepas tu semua lari balik rumah senyap2 main atas rumah x berani nak turun dah.
Nak tulis mmg panjang, dari satu lintasan di mata memori campak belakang menderu2 dikala hujan-hujan ni. Rindu dengan mak Jariah Ahmad tetiba, hahaha nak kena balik Gombak jumpa ni.
Alfatihah untuk arwah uwan, rindu masakan uwan masak lemak ikan salai dengan pucuk (tak igt nama – tapi rasa masam2) tak sompek nak blajar masak, sebb pernah masak sekali tak jadi..hihihih
Gambar ehsan google, permainan fav masa kecil juga ni, mainbola chop, salah satu punca mata den sepet sebelah sampai sekarang. Wohooooo, ganas mainan akak ni masa kecil, al maklumlah atas semua abang2. Hihihihihi

Gambar Ehsan Google

Kenangan korang masa kecil mcm mana?
#ChildHoodMemory

#TsunamiShaklee

#AmazingSeventeen