Siapa suka tengok cartoon? Angkat tangan!! Yeayy kita geng..hahahaha

 

Hari ni OJ nak throwback balik cerita yang OJ tengok bulan lepas Moana. Cerita yang memberikan kesan pada OJ memang super awesome!!

Moana it’s all about leadership, spiritual & emotion.

Control your heart. Be a great leader.

“The answer to the question you have been asking yourself. Who are you meant to be? Go in and bang the drum and find out.” –Grandma

moana

Rasa macam diketuk kepala berkali kali tadi. Terima kasih MBO belanja tgk movie free sempena besday boy. Memandangkan en suami memang register as member dekat MBO di sini, setiap tahun pasti akan dapat dua tiket free, walaupun hampir setahun kami tak tengok wayang. Hihihihihi, tapi kali ini pemilihan cerita yang sangat bagus dari en Suami.

Nak cerita masa tu plan nak tengok cerita lain, malangnya cerita yang kami nak tengok tu tak dapat la pulak sebab memandangkan free tiket hanya beberapa cerita yang boleh tengok. Jadinya, En Suami pilih lah yang ini.

Dan jalan ceritanya sangat menarik, walaupun ada beberapa perkara yang tak masuk dek akal terutamanya watak Maui kononnya si dewa yang disumpah akibat kononnya mengambil hati Te Fiti untuk dirinya, ada sebab dan kenapa berlaku sedemikan.

 

kisah-disebalik-moana

 

Kalau ikutkan dah lama OJ nak share, walaupun agak basi rasa nak kongsikan juga mengenai kuatnya jati diri dan filem animasi yang menyeronokkan yang penuh dengan kepimpinan dan semangat waja yang tinggi. Dalam cerita ini banyak kata-kata yang membuatkan kita terfikir dalam tak sedar, owhh…sepatutnya sebegini dan sebegitu.

 

Moana mengisahkan seorang gadis yang merupakan anak gadis kepada ketua puak yang hebat di Pulau Matanoui di mana beliau telah dipilih sejak kecil lagi oleh laut dimana beliaulah yang bakal menyelamatkan pulaunya yang bakal hancur, meskipun pada awalnya dia menyalahkan takdir kerana dia tidak mampu untuk teruskan perjuangan.

 

Akan tetapi sampai satu masa, bak orang putih kata “Who Moved Your Cheese” Moana tak peduli walau siapa pun yang menghalang dan walau apa pun yang bakal terhalang dia mesti pergi demi menyelamatkan pulaunya dan juga kaumnya.

 

Sepanjang penceritaan Moana, OJ nampak kisah kekuatan jati diri Moana untuk membantu kaumnya supaya hidup aman dan selesa, dan apa yang OJ pelajari dari filem ini ialah keberanian dan perjuangan seorang anak gadis dari Pulau Matanoui yang telah terpilih dan tak pernah putus asa walaupun si Maui tu awal2 lagi dah putus asa nak hidup.

 

Nak ceritakan, kisah hidup Maui pun sebenarnya lakukan pencurian hati itu disebabkan oleh masyarakat beliau juga. Tapi OJ tak nak ulaskan yang ini.

 

Kali ini OJ nak kongsikan 5 semangat kepimpinan yang perlu ada dalam diri kita, yang apa Moana bukti dan tunjukkan. Antaranya ialah :

  • Ada sesuatu pada diri kita, yang kita rasakan itu adalah tanggungjawab kita dan kita perlu cari dan lakukan. Kadang2 bila sampai waktu untuk melakukan sesuatu perkara tu, nak tak nak kita kena galas juga tanggungjawab tu. Sebab apa yang kita lakukan bukanlah untuk diri sendiri. Kebiasaannya ianya adalah untuk orang disekeliling kita dan juga orang yang kita sayangi.

 

  • Jangan pernah putus asa, macam kisah Moana walaupun dia dah pergi belayar untuk kali pertama tapi kapal pertama beliau pecah dan karam sehingga beliau dimarahi oleh bapanya. Tapi, disebabkan semangat yang kuat dan kepercayaan nenek beliau kepadanya, akhirnya nenek beliau tunjuk dimana asal sebenar puak mereka. Bak kata nenek beliau  “The answer to the question you have been asking yourself. Who are you meant to be? Go in and bang the drum and find out.” Masa ni apa yang OJ boleh kaitkan kita tak akan nampak apa yang kita bakal lakukan selagi kita tidak mula bertindak, bila Moana mula mengetuk “drum” tu baru satu persatu nampak dan bermulalah langkah perjalanan beliau.

 

  • Kalau nak buat sesuatu, biar sampai ke akhir, masa n Moana dah kecewa sebab Mawi dah tak nak tolong dia disebabkan sauh sakti dia dah patah. Tapi Moana tak kisah, dia nak juga pergi dan letakkan kembali hati itu demi kaum dia. Alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Dalam mencari bagaimana beliau nak lari dari Te-ka untuk pergi ke tanah gersang dan memulangkan kembali hati yang dicuri.

 

  • Belajar dan jangan penat belajar. Masa ni Moana bukannya pandai belayar pun. Bila Moana dah nak tolong Maui untuk dapatkan balik sauh, Moana tak duduk diam sebaliknya dia belajar bagaimana untuk menjadi seorang pelayar. Dia ingin belajar bagaimana untuk belayar dan menjadi seorang pelayar yang hebat seperti juga daripada generasi sebelumnya. Dan dia tidak mempunyai rasa angkuh untuk meminta untuk diajar dan tak penat untuk meminta Maui mengajarnya walaupun Maui seorang yang angkuh. Jadinya jangan penat mencari sesuatu ya!!

 

  • Kegelapan suatu hari akan tewas dengan cahaya/kebaikan , cerita disebalik Te-ka yang jahat itu sebenarnya Te-Ka bukanlah sejahat yang disangka. Ia cuma disalahsangka. Te-Ka adalah gunung berapi yang menghancurkan kehidupan di mana saja ia mengalir. Tapi akhirnya ia jugalah yang menghadiahkan tanah yang subur untuk manusia. Sebab Te Fiti sebenarnya adalah Te-Ka apabila hati beliau dicuri secara tidak langsung dia juga bertukar menjadi jahat dan Moana berjaya memahami hakikat ini dan di nampak sebenarnya kegelapan yang hilang itu adalah dari hati yang hitam. Sama juga dengan kita kan, kalau hati tu terlalu dinoda, lama2 nauzubillah, moga dijauhkan.

Jadinya, tepuk dada tanya hati. Apakah yang kita mahukan. Sekian sahaja perkongsian OJ hari ini.  Semoga kita ketemu lagi!

 

Assalamualaikum.