​Assalamualaikum semua!! Dah ready untuk tea break? Apa khabar? Moga semua sihat2 hendaknya. Hari ni OJ nak kongsikan tentang pengurusan kewangan.

First of all OJ nak cakap terima kasih banyak2 kat mentor OJ abam LM & En NAB yang banyak ajar OJ tentang penggunaan Excell Ni tau. Sampai nak muntah kalau buat data analysis.

Hahaha…Nak cerita balik dulu2 sanggup pusing jalan jauh tau kalau nampak dema berdua ni, karang ada je benda nak buat..Hahahaha kantoi.

Hihi tapi tunjuk ajar mereka sampai sekarang OJ guna Dan tiruvasikan mengikut keperluan semasa. Tak sangka kali ini OJ boleh aplikasikan dalam pengurusan kewangan dan KPI achievement dalam business. Toyota Way sungguh! Baru realistic kan!

Pengurusan kewangan bukan hanya perlu dilakukan oleh orang yang buat business sahaja tau! Yang makan gaji pun patut buat, dan resultnya memang betul2 super awesome!

Secara ringkasnya, OJ pernah kongsikan setiap apa yang kita dapat jangan terus nak shopping ke apa? Seharusnya kita perlu plan dan buat pecahan pada awalnya.

Sebetulnya pecahan kewangan ini OJ baru tahu masa pergi kelas IMkK oleh DAO. Beliau ajar 7 tabung. Tapi OJ derhaka sikit buat 8 tabung. Hihihi

Ingat x OJ pernah share tentang daily record in and out utk perbelanjaan seharian @ untung business setiap hari. Dari itulah kita kumpulkan data dan buat pecahan terus mcm yang OJ buatkan.

Antara pecahan tersebut ialah FFA, NEC, LTSS, CHA, FUN, Edu & Tax. Semuanya dipecahkan mengikut percentage seperti di bawah.

 

 

 

Haa… best ke best? Bila kita asingkan siap2 pasti ada kepuasan tau kalau uols nak tahu!

 

Kenapa perlu ada tax? Dua pula tu? Haaa..Yang Ni OJ belajar dalam kelas business oleh Jerry, orang kuat DAO & beliau berkata, Kita Ni buat kerja biar ikut landasan yang betul. Bila betul, insyaAllah rintangan apa pun dipermudahkan. Jadinya asingkan awal2 dan buat perancangan.

 

Nak tahu apa secara details mengenai 7 tabung tersebut?

 

7 JARS SYSTEM

7 jars adalah adaptasi dari konsep 6 JARS yg diasakan oleh T Harv Eker. Ia adalah satu cara utk menabung.
Dlm 6 jars, ada 6 tabung,

  1. NEC (necessity) – tabung utk benda2 keperluan  dan belanja harian, bil, anak2
  2. EDU (education) – tabung utk pembelajaran, buku, kelas…
  3. LTSS (long term saving for spending) – tabung utk sesuatu benda yg nk pakai duit yg byk, cthnya nk beli rumah
  4. FFA (financial freedom) – tabungan utk hari tua bila dah xmampu cari duit
  5. PLAY (leisure) – tabung utk buat apa yg kita suka, hobby, travel, etc
  6. GIVE (charity) – tabung utk kebajikan
  7. Dan kita tambah satu lagi jar, PARENTS (ibu bapa) – wang bulanan utk ibu bapa walaupun mereka dah kaya. Kalau ibu bapa dh meninggal dunia, gunakan utk urusan2 mrk yg belum selesai dan kalau smua dh selesai, bersedekahlah on behalf of diorang.

Macamana nak start buat 7 jars ni?  Setiap bulan, duit bonus/gaji kita bahagikan ikut percentage, Contohnya :

  • NEC 50%
  • EDU 5%
  • LTSS 10%
  • FFA 5%
  • PLAY 10%
  • GIVE 10%
  • PARENTS 10%

Jadi kalau income RM10,000 :

  • RM5000 utk NEC, keperluan harian
  • RM500 utk EDU, buat beli buku, bayar workshop, tambang pi kelas, etc
  • RM1000 utk LTSS, kumpul duit nak beli rumah
  • RM500 utk FFA, ni long term jd boleh lah beli saham ke emas ke
  • RM1000 utk PLAY, tabung travel!
  • RM1000 utk GIVE, sedekah, zakat semua
  • RM1000 utk parents.

Percentage boleh ubah2 ikut situasi masing2 tapi mesti strict tiap2 bulan duit mesti pergi kat tempat2 tu. Masuk tabung jgn korek2 dah.
Walaupun bonus baru RM50 pun kena buat juga macam ni. Takpe bagi 50 sen kat parents pun, takde 50 sen takdela 5000 kan.

Lebih bagus korang mulai buat tabung2 ni HARI NI dan lusa boleh ambik gambar tabung masing2. Guna je bekas2 yang kosong tu, lepas tu letak label.

Macam OJ, ada 6 personal account untuk asingkan… Jadinya terpulang pada anda untuk memilih cara yang paling sesuai untuk anda. okay?

Sekian sahaja perkongsian hari ini…Daaa!! Semoga memberi manfaat pada anda .