Rasa nak berkongsi kebaikan untuk hari ini andai apa yang saya rasa ini adalah kebahagiaan untuk semua. Dan percayalah. Sentiasa bersangka baik dengan Nya. Hari ini saya rasakan Allah baik sangat dengan saya. Rasa macam clishe, tapi niat dihati hanya ingin berkongsi. Dan peringatan untuk diri ini agar tidal alpa dengan apa yang diimpikan.Pagi tadi customer nak sangat urgent ESP dah berhari-hari kami menunggu masa yang sesuai untuk dihantar, terhalang kerana kami juga mempunyai kekangan masa. Si dia menjaga ayah di hospital, saya pula agak terbatas untuk penghantaran diwaktu malam.Dipendekkan cerita selepas penghantaran, saya tergerak hati untuk berhenti seketika di tepi jalan. Balas pm dari customer dan bertanya khabar dengan sahabat lama. Diam x diam hampir 30 min parking di situ.

Rancangnya ingin bergerak ke rumah lama di IndahR**, pulang ikut jalan yang sama. Tersentak bila melihat pokok sebesar 3 pemeluk jatuh rebah ke bumi, melintangi jalan dan terkena pada beberapa kereta. BaikNya Dia dengan saya, kerana menggerakkan hati untuk berhenti seketika merapatkan ukhwah persahabatan walaupun hanya omongan kosong.

Cuba kalau saya teruskan perjalanan, mana tahu….. Nauzubillah minzalik

Sepanjang perjalanan hati terasa gundah gulana. X tahu dengan siapa harus diluahkan. Entah kenapa tangan ini terus ke HQ Shaklee dan merancang untuk duduk disana Dan lakukan beberapa perkara. Step A B C dirangka untuk dilaksanakan.

Ada masa kita gembira, ada masa kita kosong. Tapi percayalah kekosongan itu pasti akan diisi andai kita bercakap dengan si Dia.

Dalam bermonolog bersendirian, terpandang saya insan yang ingin saya pelajari dari beliau baru sampai di HQ Shaklee. Rasa sebak dan terharu seolah olah Allah dengar apa yang saya pinta. Hampir 3 minggu LUA untuk bertalaki bersendirian dengan beliau. Hari ini Dia berikan pada saya.

15 min menanti untuk diberi kekuatan untuk menegur beliau. Fuh… Nervous kalah nak jumpa CEO la..kali kedua saya berjumpa beliau..Hahaha padahal bukan tak biasa nak berjumpa dengan orang, tapi kali ini aura beliau semacam sangat.

Mcm biasa drama pasti terjadi, saya lah kan. Ayat pertama dari beliau, kalau kamu berterusan sebegini beerti ROH kamu kosong. Tersentak saya bila beliau berkata demikian.

Alhamdulillah banyak yang saya pelajari dengan beliau dalam 1 jam perjumpaan kami.

Kata beliau pada saya ” u balik sekarang” (sedih tau kena halau!!! Hahahaha Walaupun ku ada appointment dengan customer,kebetulan en customer postpone, saya pun berkemas)

Pesan beliau juga pada saya

Ingatlah Allah jaga hati2 mereka, andai ingin mereka dampingi, mintalah pada Dia

Kita bukan siapa2 untuk memaksa mereka menuruti kita, cubalah melayani mereka seolah2 mereka adalah darah daging kita sendiri.

Ingatlah 3 resam alam – Jangan langgar dan plan on it, work through it. insyaAllah Dia bantu dalam APA yang kita lakukan.

Beliau juga beritahu, kedatangan beliau disini mungkin ketukan dari Nya. tak ada plan pun. Sahaja nak singgah sebelum musafir kembali. Dan hanya khas untuk saya sesi hari ini. Bestkan! Alhamdulillah

Sebelum pulang x semena2 closed sales
1 Vivix,
1 Set Detox,
1 Set Anti Aging &
1 Set Collagen Powder.

Rasa nak menangis sebab semua customer bank in tanpa banyak tanya, dan kesemuanya consultant yang berbulan lamanya. Tersentuh saya dengan kata2 berliau bahawa sesungguhnya Allah memegang hati2 mereka andai kita benar2 ingin membantu mereka.

Sebelum pulang, saya luangkan masa dengan sahabat untuk makan bersama..Dan sedar x sedar hampir 3 jam kami berdiskusi topic yang agak berat tentang kehidupan, matlamat dan hala tuju. Kita bukan siapa2 untuk tentukan. Teruskan berlari, andai ada tersandung dijalanan bangkitlah. Kerana kejatuhan itu tanda2 kita mempelajari sesuatu dalam kehidupan. Alhamdulillah, ada juga hint2 order..hihihi

Pulang dirumah saya praktikan apa yang mentor ajari. Alhamdulillah sesungguhnya tenang & setenang tenangnya. Benar kata2 beliau andai kita serahkan semuanya, insyaAllah Allah beri berganda dari APA yang kita impikan.

Sehingga kini order mencurah bagaikan air dilangit. Alhamdulillah hari ini sahaja 1600UV hanya dari customer yang tak pernah kenal, consultation berbulan bulan lamanya, ada juga yang bermula dari satu ke tujuh product. Bukan niat untuk membangga diri, perkongsian untuk anak2 ROSES Dan juga sahabat2 SId saya.

Percayalah dan berdoalah, pesan beliau lagi Kita tak mungkin dapat apa yang kita mahukan, tapi tak mustahil untuk dapat apa yang kita mahukan dengan berdoa pada-Nya.

Dia jaga saya dari kemalangan yang berkemungkinan musibah pada saya.. Nauzubillah
Dia isikan kekosongan jiwa saya dengan mutiara nasihat dari Mentor yang dikasihi
Dia berikan saya rezeki yang mencurah2 tanpa perlu menolak resam alam.

Dan hadiah itu beliau berikan pada saya untuk sentiasa memperingati pada si Dia. Terima kasih. insyaAllah kujaga rapi dan semat dihati.

refleksi-hati

Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar

Maaf andai kata terlucut dijiwa, hanya ingin ingin berkongsi pengalaman kehidupan.

Cacatan malam
Edza Hamdan
21122016