Suka sangat menangguh kan. Mula lah kelam kabut bila ustaz minta gambar dan buku pengambilan vaksin. Kedua-dua ini penting untuk pengurusan Visa.

 

Untuk pengambilan Vaksin, kerajaan Saudi memang mewajibkan setiap yang hadir ke sana wajib ambil vaksin. Jadinya nak tak nak kena pergi klinik swasta untuk ambil Vaksin.

 

Jangan pula ke klinik kerajaan ya, sebab sekarang hanya mereka yang menunaikan haji sahaja yang boleh ambil di klinil kerajaan. Umrah pandai2 lah cari klinik yang menyediakan vaksin tersebut. Baru je plan nak ambil di Klinik kakak ipar bekerja, sekali tak boleh la pulak. Hihihihi.

 

Ikutkan dari minggu lepas lagi kami perlu ambil, disebabkan masa yang tidak mengizinkan OJ ada kelas bisnes untuk TRIAngels Workshop, En Suami pula dah merancang untuk memancing maka terpaksalah pergi di hari bekerja.

 

OJ pun tak sempat nak survey, lagi 30 minit nak keluar rumah baru lah sibuk menggoogle. Hihihihi, perangai kan?

 

Umrah Pertamaku – Ambil Gambar Untuk Persediaan Umrah

 

 

Bila semuanya nak pantas pasti kita mencari perkhidmatan yang boleh dilakukan dengan pantas. Untuk gambar OJ pergi ke Quick Photo, Kota Kemuning. Tak jauh dari rumah.

 

Memang pantas lah Quick Photo, tak sampai 30 minit siap ambil gambar dan print untuk kami berdua. Sampai2 je memang tiada orang touch up sikit, pakai blazzer, ambil gambar, tadaaa… Siap!

 

Tapi semasa ambil gambar pastikan anda beritahu kepada mereka nak ambil gambar untuk umrah. Sebab sizenya semua tidak sama untuk setiap Visa contohnya ke China ataupun Jepun.

 

Dan harus lah beringat ya, wajib bertudung hitam atau gelap. Jangan pula berwarna warni tau.

 

Owhh ya, bukan umrah pertama sahaja anda perlu ambil gambar ya? Mana tahu setiap kali umrah anda wajib melakukan langkah yang sama.

 

Umrah Pertamaku – Klinik Swasta Untuk Mengambil Vaksin Umrah di Shah Alam

 

 

Lepas ambil gambar terus ke klinik untuk ambil vaksin. Sebelum sampai telefon dulu klinik untuk memastikan perkhidmatan dan juga tentulah harga. Hohoho

 

Alhamdulillah pencarian pertama adalah Poliklinik Shaik, buka sehingga 10 malam dan harganya agak berpatutan. Beritahu en suami terus si dia setuju. Kebetulan sahabat dia baru ambil Vaksin, harganya dalam RM180, di Poliklinik Shaik hanya RM150. Okaylah yang penting jimat RM60 plus boleh guna kad kredit sebab tak sempat juga nak ke bank untuk keluarkan cash.

 

Vaksin yang OJ ambil adalah basic Vaksin. Yang penting tengok jangka hayatnya. Yang OJ ambil boleh bertahan dalam 5 tahun. Ada juga yang OJ baca 3 tahun. Tengok pada klinik yang anda pergi ya. Doakan dalam 5 tahun ini InsyaAllah kami jejak lagi langkah ke sini. Aminnn…

 

Sampai disini agak ramai orang. Baru teringat OJ pernah ke sini untuk buat full medical check up sewaktu di Proton dahulu. Jadinya pendaftaran agak cepat. Hanya En Suami sahaja yang mendaftar.

 

Kami sangkakan sekejap sahaja, sebab bila daftar staff nurse terus ambil Vaksin dan bawa masuk ke bilik rawatan. Rupa2nya lama juga menunggu. Sebab yang berikan suntikan adalah Doktor bukan staff nurse. Ramai juga yang sakit malam ini. Sementara menunggu sempatlah buat entry ni kan. Hihihi

 

Hampir 30 minit menunggu tibalah giliran kami. Pada mulanya nama OJ sahaja yang keluar, rupanya kami berdua sekali. Jadi keluarlah balik panggil en suami. Sekejap je, dah cucuk kami pun keluar.

 

Keluar je jumpa doktor baru nak duduk kaunter bayaran dah panggil. Amboiii, tang nak jumpa doktor punyalah lama. Nak bayo sekejap je. Hahahaha

 

 

Owhh… Lupa nak cerita, kami cucuk tangan sebelah kiri sebab kanan paling banyak guna plus nak memandu kan? Pada mulanya tak ada rasa apa2 pun dah sudah siap buat bayaran mula terasa lenguh.

 

Hoho.. Nasib bawak kereta ringan. Bolehlah adjust. OJ duduk sebelah je lah. Alhamdulillah pukul 9 malam dah sampai rumah. Pantas jugak kan? Keluar rumah dalam 7.45 malam, 9.00 malam dah selesai. Dua perkara settle. Kalau ikutkan en suami, gambar perlu ambil esok dan hantar di office. Alahai, memang bercintaaaa lah OJ. Itu yang cari kedai gambar yang dekat dengan klinik dan pantas. Antara “time management” yang lulus lah.

 

Umrah Pertamaku – Dokumen yang diperlukan untuk Umrah

 

Alhamdulillah, selesai perkara yang wajib untuk kali ini. Esok tugas En Suami pula serahkan dokumen lengkap kepada Ustaz yang menguruskan. Antara dokumen yang perlu kami hantar adalah:

  • Borang pendaftaran
  • Salinan sijil kahwin yang telah disahkan oleh Pejabat Agama
  • Pasport original & salinan pasport
  • Gambar 4 keping
  • Buku Vaksin.

 

Haa.. Kalau ambil vaksin pastikan ada buku tau. Ini penting untuk dihantar semasa nak buat Visa. Vaksin seharusnya ambil sekurang2nya 10 hari sebelum tarikh perjalanan.

 

Kami lambat lagi, InsyaAllah awal2 buat semoga semuanya di permudahkan. Itu sahaja yang OJ minta.

 

Semoga perkongsian ini membantu anda ya. InsyaAllah OJ kongsikan persediaan umrah pertama OJ yang lain pula. InsyaAllah.